Posts

Showing posts from March, 2017
Image
Udang masak Sweet Sour Bahan-bahan 2 biji bawang besar 4 biji bawang putih 250g gula pasir 1/2 biji nenas 1/2 kg udang putih/galah (jangan guna udang harimau) Garam, air dan minyak masak Cara-cara Bawang besar, bawang putih & nenas dipotong dadu. Siang udang, buang janggut. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar & putih sampai naik bau. Masukkan gula, kacau sampai cair dan keperangan. Masukkan nenas, kacau & tunggu sampai jus nenas keluar separuh (lebih kurang 10 minit dengan api sederhana). AWAS... Rasa dulu sebelum letak garam (sebab bahan-bahan yang tersebut biasanya sudah cukup dari segi rasa...cuma tambah sikit saja garam tu). Masukkan udang, gaul sebati & angkat lepas 7 minit. Letak daun ketumbar sebagai hiasan. Selamat mencuba.
Image
Resepi Telur Bistik (simple dan sedap) Bahan-bahan 3 biji telur gred 1/4 biji capsicum/lada benggala hijau - di dadu kasar 1/4 biji capsicum merah - didadu kasar 1/2 biji tomato - di potong baji 1 keping nenas - di dadu kasar 1 ulas bawang besar - di potong dadu 2 sudu makan cili kisar@ cili boh 3 sudu makan sos cili life @ sos cili thai 2 sudu makan sos tomato 1/2 cawan air garam,gula, secukup rasa Cara-cara 1. Pukul telur dan masukkan secubit garam. Goreng mcm nak buat telur dadar. Angkat dan ketepikan dalam pinggan Tumis Bawang, capsicum dan tomato hingga layu. Masukkan cili kisar. goreng hingga pencah minyak. kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air Masukkan nenas. Masak sehingga mendidih. boleh letak garam dan gula @ serbuk perasa. Rasala masam manis yang disukai.. Tuang kuah td ke atas telur..Siap sedia utk di makan
Image
Resepi Tomyam Santan ala Thai-Myanmar Bahan-bahan 4 cawan air biasa 1 batang serai (hiris halus) 4-5 hiris lengkuas. ( Lengkuas kering pun boleh) 4 sudu minyak cili. Kalau xde boleh guna tomyam pes pun boleh 5 biji cili padi Daun ketumbar - skali dengan akarnya 6 ekor udang size besar XL (optional) Dada ayam dipotong (optional) 1/2 cawan santan Sayur (terpulang, cendawan carrot etc.) 6 sudu sos ikan 3 helai daun limau purut (dipotong dua atau dikoyak) 1/2 biji lemon dan sebiji limau nipis 1 ketul tauhu (potong cube) Cara-cara Isi air biasa kedalam periuk. Masukkan sekali akar daun ketumbar. Biarkan air mendidih. Bila air dah mendidih dan bau ketumbar dh naik, masukkan daun limau purut, serai dan lengkuas. Biarkan seketika. Bila dah agak 1 minit, masukkan daun ketumbar yg dihiris serta minyak cili dalam 3 sudu. Klau xde minyak cili, masukkan Tom yam paste je. Sos ikan masukkan juga. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan ayam dan ud...
Image
PHAT-PHET IKAN KELI ALA THAI  ____________________________________________ Bahan-Bahan: [A] 5 ulas bawang putih 2cm halia 2cm lengkuas sedikit kunyit hidup 4 batang serai (dihiris halus) 1\2 sudu lada hitam cili api (ikut suka) sedikit belacan 1\2 kg ikan keli kunyit garam (secukup rasa) gula (secukup rasa) minyak 1\2 cawan air asam jawa Beberapa helai daun limau purut [B] 1\2 kg ikan keli kunyit garam (secukup rasa) gula (secukup rasa) minyak 1\2 cawan air asam jawa Beberapa helai daun limau purut Cara: Tumbuk bahan-bahan [A] dengan lesung sampai hancur. Potong ikan keli beberapa kerat dan kelar-kelarkan. sapukan sedikit kunyit kemudian goreng separoh garing. Angkat dan toskan. Tumis bahan yang di tumbuk tadi, kacau seketika sampai naik bau dan garing sedikit. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan daun limau purut. Tambah air jika ingankan banyak kuah Letak ikan yg telah digoreng tadi ke dalam pinggan hidangan kemudian curahkan kuah keatasnya dan boleh la...
Image
Pulut Ayam Thai (Danok) _______________________________________ Feberet sis ni..sedap! Bahan-bahan: 500gm beras pulut - direndam 2 helai daun pandan 1/2 ekor ayam - dipotong kecil 2 sudu besar rempah kari daging 1/4 cawan tepung beras 2 sudu teh serbuk kunyit garam secukup rasa Dikisar atau ditumbuk lumat 5 ulas bawang putih 1 batang serai 2cm halia 1/2 sudu teh lada hitam Bahan sampingan Bawang merah goreng - untuk ditabur atas pulut Sos cili Thai secukupnya Cara-cara penyediaan: Basuh beras pulut, simpulkan daun pandan dan kukus hingga masak. Ketepikan seketika. Selalunya beras pulut direndam terlebih dahulu selama 3 hingga 4jam sebelum dikukus. Tips : untuk mempercepatkan proses tersebut, rendam beras pulut dengan air mendidih selama 15 ke 20minit toskan dan boleh terus dikukus. Gaul ayam dengan bahan tumbuk, rempah kari, serbuk kunyit, garam dan tepung beras. Perapkan dalam 10minit, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan. Goreng bawang mera...
Image
DAGING BAKAR ALA THAI ________________________________________ Proses Pertama ( Penyedian Daging ) Bahan : 1.Daging - 1/4 Kilo ( daging kotak/sejukbeku atau Daging Segar) 2.Bawang Putih - 3 ulas 3.Bawang Merah - 1 ulas 4.Kicap Manis - 2 sudu Besar 5.Sos Tiram - 1 sudu Besar 6.Garam - 1 sudu Kecil 7.Aji No Moto - ikut citarasa/boleh diganti sedikit gula 8.Serai - 1 Batang Cara Membuatnya : Daging kotak , defrost microwave 4 minit ,dicuci ,dan dibiarkan kering 10 minit atas suratkhabar lama. Dipotong nipis setebal daging burger. Bawang putih,Bawah Merah dan Serai,Garam,dan Aji diblender lumat Campurkan Kicap manis,Sos Tiram Akhirnya semua bahan digaul rata. Masukkan daging dan digaul rata. Masukkan dalam bekas bertutup. Perapkan dalam petisejuk minima 3jam. Proses Kedua ( Sos untuk cicah ) Bahan : 1.Cili padi/cabai melaka - 5 biji 2.Cili Merah - 1biji 3.Belacan 4.Bawang puith - 2 ulas 5.bawang Besar - 1biji besaiz kecil ( diameter 35mm) 6.Gula - 1/2 sudu kecil 7.Garam...
Image
Nugget Udang Ala Thai ____________________________________ Bahan-bahan: 250 gm udang saiz besar - dicincang kasar 2 sudu besar red curry paste 1 biji telur gred AA 2 sudu teh kicap soya 1 sudu besar gula 2 sudu besar santan pekat 1/4 cawan kacang panjang - dihiris nipis Daun selasih - dicincang kasar...agak2 dalam 2 sudu besar jer. minyak masak secukupnya Cara Penyediaan: 1. Udang yang telah dicincang kasar tadi dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 1/2 jam- utk menyedapkan lagi teksturnya…. :) 2. Masukkan udang tadi bersama red curry paste,telur,kicap soya, serta santan dalam mesin pengisar dan kisar halus. 3. Kemudian,masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan kacang panjang serta daun selasih serta perasakan dengan garam dan gula 4. Bentukkan nuget anda mengikut citarasa masing2..bulat atau leper…ulang langkah ni sampai habis 5. Panaskan minyak dalam frying pan.. 6. Masukkan nuget udang tadi ke dalam frying pan dan goreng hingga keemasan…terbalikkan hingga nuget masak. 7....
Image
Siakap Sweet Sour. ___________________________________ P/s : Ummmmph..Sedap! Marvellous! Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap - lumur garam kunyit 1/2 biji bawang besar - mayang 4 ulas bawang putih - ketul 1-2 inci halia - hiris halus panjang Sedikit cili kisar 1 biji tomato buah - hiris bulat 1/2 cawan sos tomato Sedikit sos ikan Gula Garam Air tepung jagung Hiasan: 8 biji cili padi merah dan hijau 1 biji bawang besar - hiris bulat Daun bawang Daun saderi Cara cara: Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Sebelum digoreng, lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak. Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkam air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah dan cili padi. Biarkan sehingga bawang layu...
Image
Ketam Masak Pedas Ala Thai ______________________________________ Utk sis2 yg teringin makan ketam xtahu nak masak apa, wajib cuba resipi ini. Selamat Mencuba! Bahan-bahan :- Ketam (1kg) 1 Batang Serai Daun limau purut 10 keping Daun Ketumbar Segenggam Cili api, suka hati banyak mana Bawang Merah Bawang Putih Halia Asam Keping 1 (besar) Serbuk Kari 2 Sudu Cili Giling 3 Sudu Paste Cili Thai 2 Sudu Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- 1.Bersihkan ketam, rebus dahulu, buang apa yang tak patut, dan potong 2. 2.Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti 3.Dalam Periuk/kuali, panaskan minyak, masukkan Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Serai hingga naik bau 4.Masukkan cili giling dan kari yang dah dibancuh sehingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. 5.Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi, agak-agaklah kuah nak banyak mana ye. 6.Kacau hingga rata, masukkan asam keping, gula dan garam. 7.Akhir sekali masukkan ketam, daun ketumba...
Image
KERABU DAGING ALA THAI SEDAP __________________________________________________ Bahan-bahan: 400gm daging 1 biji bawang besar - di potong bulat 5 biji cili padi lobak merah - di potong halus seperti mancis timun - di potong nipis sebungkus su-un - pek kecil 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar sos cili thai jus dari dua biji limau nipis beberapa biji tomato cherry . Cara-Cara Penyediaan: 1. Basuh daging dan lumurkan dengan sedikit garam lalu di bakar. 2. Potong nipis daging yang siap di bakar. 3. Dalam sebuah mangkuk besar masukkan daging, bawang besar, cili padi, su-un yang siap di celur, lobak merah, timun, tomato cherry, sos ikan, sos cili thai dan akhir sekali perahkan limau nipis. gaul rata. 4. Rasa masin manisnya dan hidangkan. Untuk rasa yang lebih meresap kedalam daging, kerabu tersebut boleh juga di simpan di dalam peti sejuk dan di hidangkan keesokan hari nya. Selamat Mencuba!
Image
AYAM PAPRIK ALA THAI __________________________ ________________________ Bahan-bahan: 4 keping dada ayam - dipotong/dihiris kecil 3 ulas bawang putih - dihiris 4 biji bawang kecil - dihiris 1 inci halia - dihiris mancis 2 labu bawang besar - dipotong gegelang 5 - 6 biji cili padi merah - dititik 2 batang serai - dititik ½ biji cili benggala - boleh pilih hijau/merah/kuning atau campur ketiga-tiga sekali 5 - 6 helai daun limau purut - dikoyak hujungnya 3 sudu makan cili kering kisar 2 sudu makan sos cili thai 2 sudu makan sos tomato 2 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos ikan/sotong Sedikit kicap manis Gula perang dan garam secukup rasa Air secukupnya untuk kuah Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam 10 batang kacang buncis/kacang panjang Boleh tambah sayur-sayuran lain seperti bunga kobis, putik jagung dan lobak merah Cara: 1. Gaul hirisan ayam bersama serbuk kunyit dan sos ikan/sotong. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam sehingga masak. Tos dan ketepikan 3. Tingga...
Image
DAGING MERAH ALA THAI _____________________________________ Bahan-Bahan: 300 g daging 1 sudu makan cili kering kisar 1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2 3 ulas bawang putih ( dipecahkan ) 4-6 ulas cili padi (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas 2 -3 sudu besar sos cili ( tambah sos jika mahu kuah lebih ) 2 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos ikan (sos sotong/ nampla pun boleh) 1 biji buah tomato ( di potong 6-8 ) Cili merah/ cili hijau untuk hiasan Daun ketumbar ( di hiris ) 3-4 Helai daun limau purut Sedikit minyak masak/zaitun Cara penyediaan: 1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika. 2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan. 3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. 4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!). 5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu. 6. Masukkan s...