Ikan Panggang Bangkok
Resepi ikan panggang bangkok, thailand
p/s : antara kegemaran sis ni..selamat mencuba!
Bahan-bahan:
500 Gram Isi ikan tenggiri / kurau / merah dicincang lumat
1 cawan santan pekat
2 batang serai dihiris halus dan ditumbuk
15 biji cili api
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun kunyit untuk membungkus ikan
1 sudu sos ikan1 sudu sos tiram
2 biji telur
3 helai daun pisang
1 biji limau nipis diambil airnya
Gula , garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Cara-cara :
1) Tumbuk cili api , serai dan kunyit hingga lumat. (Blender kasar2 pun ok)
2) Kemudian gaulkan dengan ikan.
3) Kemudian campurkan ikan dengan santan, daun kunyit, sos ikan
, sos tiram, air limau nipis, telur, gula, garam dan serbuk perasa secukup
rasa.
4) Gaul semua bahan hingga rata kemudian bungkus menggunakan
daun pisang yang dilapik dengan daun kunyit.
5) Bungkus rapat-rapat dan kemas dan bakar hingga masak
sepenuhnya.
Hidangkan. Sesuai utk makan tengahari ataupun semasa BBQ
Comments
Post a Comment